3.1.3 MENYATAKAN KEGIATAN MASYARAKAT PRASEJARAH


ZAMAN PALEOLITIK

  • Manusia pada zaman Paleolitik berusaha menyesuaikan kehidupan dengan alam sekeliling mereka.
  • Faktor ini penting kerana alam sekeliling merupakan sumber utama kepada mereka mendapatkan makanan.
  • Manusia pada Zaman Paleolitik tinggal di dalam dan di sekitar gua yang berhampiran.
  • Mereka hidup berpindah randah, memburu binatang dan mengumpulkan hasil hutan.
  •  Mereka sudah tahu menggunakan api untuk memanaskan badan dan melindungi diri daripada binatang buas

 

download
PETA MINDA ZAMAN PALEOLITIK
zaman+paleolitik
AKTIVITI MANUSIA PADA ZAMAN PALEOLITIK

 

zamanmesolitikneolitik-120327002009-phpapp02-thumbnail-4ZAMAN MESOLITIK

  • Zaman Mesolitik berlaku  antara Zaaman Paleolitik dan Zaman Neolitik.
  • Manusia Zaman Mesolitik tinggal dalam kelompok, masih memburu dan mencari hasil hutan dan sungai.
  • Senjata yang digunakan untuk memburu juga lebih halus sedikit buatannya berbanding dengan zaman Paleolitik. 
  • Mereka juga telah pandai mengebumikan mayat. Mayat tersebut akan dibengkokkan semasa dikebumikan

 

images
MAYAT YANG DIBENGKOKKAN SEMASA PENGKEBUMIAN

 

ZAMAN NEOLITIK

  • Mereka mempunyai ketua dan ada pembahagian kerja
  • Merupakan zaman batu akhir yang menunjukkan peningkatan dalam kehidupan manusia
  • Alatan batu mereka lebih halus buatannya.
  • Mereka masih berburu dan mencari hasil hutan dan sungai

 

neolitik
AKTIVITI MANUSIA PADA ZAMAN NEOLITIK
Zaman Neolitik
PETA MINDA ZAMAN NEOLITIK

 

ZAMAN LOGAM

  • Zaman Logam ialah zaman manusia telah mencipta alat-alat menggunakan logam
  • Manusia Zaman Logam masih tinggal di dalam gua dan ada yang tinggal di kawasan lapang.
  • Rumah yang mereka bina lebih baik daripada berbanding dengan Zaman Neolitik
  • Zaman ini masih lagi menggunakan alatan yang diperbuat daripada batu
  • Manusia pada Zaman Logam masih menggunakan sistem Barter. 
  • Mayat dikebumikan menggunakan kubur batu kepingan

 

Capture 3
AKTIVITI MANUSIA PADA ZAMAN LOGAM
besi
ALAT BATU ZAMAN LOGAM
We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Shopping cart